
Membicarakan tentang falsafah,agama ,bahasa,isu semasa, gerakan Islam dan budaya. Di atas runtuhan Kota Melaka kita dirikan JIWA MERDEKA!
Wednesday, May 28, 2008
Che Det In Action

Tuesday, May 27, 2008
Sunday, May 25, 2008
Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandar Raya
Ditulis oleh Dr.Usman Awang
Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga mereka bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya
Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
gergasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi besinya
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.
Sampai sekaran, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:
Selamat tinggal,selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.
Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan
Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga mereka bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya
Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
gergasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi besinya
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.
Sampai sekaran, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:
Selamat tinggal,selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.
Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan
Friday, May 16, 2008
Maruah dan Martabat Insan dalam Pemikiran Melayu
Oleh Dato'Dr.Siddiq Fadzil
Akar pemikiran Melayu dapat ditelusuri dalam khazanah kesusasteraan tradisionalnya. Untuk itu Sejarah Melayu atau Sulalatu al-Salatin sebagai karya sastera sejarah klasik Melayu mungkin dapat dirujuk. Sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh Tun Seri Lanang bahawa Sejarah Melayu memuatkan bahan-bahan yang berupa "akhbar" dan "amthal".Maksudnya ada yang bersifat sejarah dan ada pula yang bersifat perumpamaan,tamsil dan ibarat; iaitu kisah-kisah simbolik dengan maksud dan tersirat mesej.Mungkin antara yang dapat diangkat sebagai contoh paparan kisah simbolik yang mengandungi mesej implisit itu ialah peristiwa Bukit Si Guntang,tempat berlangsungnya pertemuan dan dialogWan Empuk-Wan Malini dengan anak raja tiga bersaudara. Sejarah Melayu memberikan pemerian seperti berikut.
Setelah keduanya berfikir,lalu bertanya,"Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah,atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan hamba ketiga kepada kami kedua ini: kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini."
Thursday, May 15, 2008
Ulasan Buku Atas Nama Kebenaran
Oleh Shakir Md Taha
Buku ini telah diberi kata pengantar oleh tokoh akademik and gerakan Islam yang terkenal,Dato Dr.Siddiq Fadzil. Beliau telah mengkategorikan buku sebagai a must read book.
Penulisnya, Khalif Muammar telah berjaya membahaskan isu "Islam Liberal"dengan cukup mendalam dan dalam gaya bahasa cukup segar
.

Ahli fikir dan pujangga Islam Dr.Iqbal pernah berkata
tamadun Barat bersandarkan didahan yang rapuh.Ini adalah kerana tamadun Barat hari ini tidak lagi bersandarkan pada agama sebaliknya bersandarkan kepada falsafah dan sains. Buku ini memaparkan juga pemikir Islam turut terpalit sama dengan faham Islam Liberal.
Wednesday, May 14, 2008
Sindrom Tsa'labah
Oleh Shakir Md Taha
Hidup di dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat setika. Ada yang diberi rezeki melimpah ruah. Ini semua adalah ujian belaka. "Dan sekiranya Allah melapangkan rezekinya kepada hamba-hambaNya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi ini. Tetapi Allah menurunksn rezeki dengan ukuran yang dikendakiNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat(Al-Quran 42:27)
Walaupun dalam kesempitan ketaatan kepada Allah masih tetap utuh. Mereka tetap patuh sungguh. Kesempitan yang mereka alami merupakan sebahagian daripada kebijaksanaan Tuhan Semesta Alam.Mungkin golongan yang kesempitan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi "Malim Kundang". Malah waktu kita miskin jarang tidak kita ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal. Ada masa untuk duduk berzikir bersama kawan. Berbual mesra. Tanya khabar(Bersambung)
DANA SYSTEM
Dana System
Satu sistem perniagaan yang menjanjikan pulangan kewangan yang selesa. Anda boleh memileh samada dana RM60.00,dana RM200.00 dan dan RM500.00. Sistem ini tiada unsur paksa dan sebagainya. Sila lawat laman web www.otopos.com. Sila hubungi 013-4815577
Jika anda sedih dan resah kerana hutang
Beban hutang bukan kepalang
Tidur malam terganggu kerana igauan hutang
Biarpun beberapa banyak hutang bukan penghalang
Masih ada jalan pulang
Kami sedia membantu
Menyelesaikan segala yang buntu.
Satu sistem perniagaan yang menjanjikan pulangan kewangan yang selesa. Anda boleh memileh samada dana RM60.00,dana RM200.00 dan dan RM500.00. Sistem ini tiada unsur paksa dan sebagainya. Sila lawat laman web www.otopos.com. Sila hubungi 013-4815577
Jika anda sedih dan resah kerana hutang
Beban hutang bukan kepalang
Tidur malam terganggu kerana igauan hutang
Biarpun beberapa banyak hutang bukan penghalang
Masih ada jalan pulang
Kami sedia membantu
Menyelesaikan segala yang buntu.
Sajak: "Orang Kecil,Orang Besar
Oleh K.H.A.Mustafa Bisri
Orang kecil jika ikhlas diperas
Jika diam ditikam
Jika protes dikentes
Jika usil dibedil.
Orang kecil jika hidup dipersoalkan
Jika mati tak dipersoakan
Lebih baik jadilah orang besar
Bagiannya selalu besar
Orang besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim tak zalim dibiarkan
Orang besar boleh bicara semaunya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja.
Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurangajar
Orang besar kurangajar dikata berani
Orang kecil mempertahankan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar
Orang kecil jika ikhlas diperas
Jika diam ditikam
Jika protes dikentes
Jika usil dibedil.
Orang kecil jika hidup dipersoalkan
Jika mati tak dipersoakan
Lebih baik jadilah orang besar
Bagiannya selalu besar
Orang besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim tak zalim dibiarkan
Orang besar boleh bicara semaunya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja.
Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurangajar
Orang besar kurangajar dikata berani
Orang kecil mempertahankan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar
Subscribe to:
Posts (Atom)
Buku-buku Menarik Untuk dibaca
- Ke Mana,Malaysia-Kim Quek
- May 13 Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969
- Mensyukuri Nimat Menginsafi Amanat Siddiq Fadzil
- Shahnon Ahmad Islam Power and Gender by HARRY AVELING
Laman Web
Labels
- Che Det (2)
- Dana System (1)
- Pemikiran Melayu (1)
- Sajak (2)
- Ulasan Buku (1)
About Me
- BICARA MEREKA
- I'm a teacher and a freelance journalist.