Membicarakan tentang falsafah,agama ,bahasa,isu semasa, gerakan Islam dan budaya. Di atas runtuhan Kota Melaka kita dirikan JIWA MERDEKA!

Friday, May 16, 2008

Maruah dan Martabat Insan dalam Pemikiran Melayu

Oleh Dato'Dr.Siddiq Fadzil

Akar pemikiran Melayu dapat ditelusuri dalam khazanah kesusasteraan tradisionalnya. Untuk itu Sejarah Melayu atau Sulalatu al-Salatin sebagai karya sastera sejarah klasik Melayu mungkin dapat dirujuk. Sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh Tun Seri Lanang bahawa Sejarah Melayu memuatkan bahan-bahan yang berupa "akhbar" dan "amthal".Maksudnya ada yang bersifat sejarah dan ada pula yang bersifat perumpamaan,tamsil dan ibarat; iaitu kisah-kisah simbolik dengan maksud dan tersirat mesej.Mungkin antara yang dapat diangkat sebagai contoh paparan kisah simbolik yang mengandungi mesej implisit itu ialah peristiwa Bukit Si Guntang,tempat berlangsungnya pertemuan dan dialogWan Empuk-Wan Malini dengan anak raja tiga bersaudara. Sejarah Melayu memberikan pemerian seperti berikut.
Setelah keduanya berfikir,lalu bertanya,"Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah,atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan hamba ketiga kepada kami kedua ini: kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini."

No comments:

Buku-buku Menarik Untuk dibaca

  • Ke Mana,Malaysia-Kim Quek
  • May 13 Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969
  • Mensyukuri Nimat Menginsafi Amanat Siddiq Fadzil
  • Shahnon Ahmad Islam Power and Gender by HARRY AVELING

About Me

I'm a teacher and a freelance journalist.